Photobucket
most welcome and thanks to all who was visit my blog also view my artwork and my picture collection. this blog just want to share with you my idea, picture collection. i'm a new n begginer in this part of photography world. so if i have a mistake just tell and teach me how to improve it. photography is about capturing the moments and share it with people around you. photography is about the meaning of life in this world.

Wednesday, June 13, 2012

orang yang paling aku sayang

aku post bukan bermaksud aku ingin meminta simpati atau pun apa.. aku post entry kali nie just nak luahkan apa yang aku rasa.aku sangat rindukan dia

suatu ketika dulu aku punya teman. punya kekasih, punya tempat mengadu. apa jua masalah aku, die lah pendengar setia. die yang memujuk aku.die yang tenangkan hati aku. bila ada masalah die peluk aku. tak nak bagi aku nanges. sebab die tau aku nie jenis orang yang sangat sensitif. sebabnya dari aku kecil lagi aku bersama dengannya. die jaga aku. die belai aku.. tatang aku seperti minyak yang penuh.


satu hari penyakitnya mula mudarat.die disahkan menghidap penyakit kanser kulit. tapi sebelum nie die rahsiakan semua nie daripada aku.sebabnya die tak nak aku sedih bila tahu. tapi bila keadaannya sudah teruk pada tahap 3. baru la aku dapat tau. pada masa tu kansernya merebak amat cepat. kami semua bawanya ke hospital pakar untuk pembedahan tapi  umurnya tidak berapa panjang.sebelum sempat buat kimotherapy ajalnya telah sampai.


disaat nafas terakhirnya hanya aku dan mama sahaja yang ada ketika itu. waktu itu aku ingin siap untuk bekerja pada malam itu juga aku siapkan makan untuk dia. aku tak sangka senyuman terakhirnya semasa aku ingin angkatnya bawa ketoilet untuk mandi.selesai mandi itu la baru die menghembuskan nafas terakhirnya. arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan mudah. aku bersyukur..


tapi aku terkilan kerana aku tak dapat menjaganya dari mula die sakit.aku hanya dapat bersamanya sebulan ketika dirumah aku.walaupun aku tak tidur setiap malam hanya ingin menjaganya membuatkan makanan untuknya tapi aku tak dapat rasakn itu semua cukup kerana apa yang diberinya pada aku sangat tidak ternilai
apa pun pada arwah nenek aku yang aku panggilnya mak. aku sangat sayang beliau sehingga akhir hayat aku.takda wanita lain pun dapat tandingi dirinya. hanya beliau seorang dalam hati aku.banyak pesanan dan didikannya yang aku masih ingat dan lakukan.


mak. boy rindukan mak. aku rindukan segalanya bagi mak. rindu salam tangan mak.rindu pelukkan mak dan juga ciuman mak. boy dekat sini selalu mendoakan mak. mak dekat sana jangan lupa doakan boy untuk jadi orang yang terbaik dan berjaya.bulan depan genap setahun mak tinggalkan boy. boy sayangkan mak. maafkan boy jika sewaktu dulu boy degil. takda siapa yang dapat gantikan mak dalam hati boy. al-fatihah buat mak.



klik it if u feel free

No comments:

Post a Comment